Sunday, October 13, 2013

P.L.K.N.at age 23 (Part 1)

Assalamualaikum and Salam 1 Malaysia!

For those who were curious as to where I have been and what I've been doing for the past 2 months, here let me tell you my story. As I mentioned before in my previous post, I was called to undergo compulsary training at Kem PLKN Merang Suria, Setiu. Reluctantly, I went there sebagai pelatih penangguhan. FYI, semua pelatih2 penangguhan akan dimasukkan dalam Kumpulan 3 untuk setiap siri. As for me, I am in Kumpulan 3, Siri 10 2013.

In this post, I'm basically gonna tell you what are the activities and routine that I have gone through for the past 2 months and the upcoming two weeks and in another post, I'll write on my personal experience, feeling and how do I cope on being 'pelatih penangguhan'. Mind you, when u are known as 'pelatih penangguhan' and furthermore a university graduate, that means a lot to them. I'll tell you on that matter later on my next post which I expect to write after I finished the PLKN training.

Ok, basically this is how our daily schedule at the camp:

5.30 am: wake up and prepare for subuh
6.30 am: roll call & physical training
7.30 am: breakfast
8.30 am: class
10.30 am: break time
11.00 am: continue the class
12.30 pm: lunch
1.00 pm: Zuhur prayer
2.30 pm: Modul Fizikal (Kawad, Tali Rendah, Tempur Tanpa Senjata, Tali Tinggi, Kembara Halangan,etc)
4.00 pm: Asar Prayer
5.00 pm: Tea time
5.30 pm: Riadah
6.30 pm: Dinner
7.00 pm: Magrib and Isyak
9.00 pm: aktiviti depends atas Ustaz/Komandan
10.30 pm: supper
11.00 pm: roll call
11.30 pm: lights off

  • Masa first week mula2 masuk, pemilihan Ketua-ketua Kompeni and Ketua Dorm. Aku masuk Kompeni Bravo, and ditakdirkan jurulatih yang incharge kompeni aku, Cikgu Ika, sangat mendahulukan pelatih2 penangguhan and kami-kami yang berumur 20-an ke atas ni dipanggil untuk test suara bagi arahan kawad.. Bley imagine x suara aku bagi arahan kawad camne? hehe.. Sah2 la xlepas.. Bak kata cikgu "Rumput pun xmau bangun dgr suara awak!" Nasib baik gile masa 2.. Pastu tetiba Cikgu Ika suruh lantik ketua dorm baru sbb dye nak budak penangguhan gak yang jadi ketua. So, undian dijalankan antara 3 calon, and aku dgn paksa rela nya kena jadi ketua dorm. FYI, dlm dorm, aku ade 17 orang 'anak' untuk dijaga.
  • Sebagai ketua dorm, aku kena laporkan ke WIra Komandan bilangan ahli dorm cukup ke x setiap kali aktiviti, dan aku kena ambik tau semua hal pasal ahli dorm. Nama penuh, kesihatan, siapa yang period hari ni, and paling penting kebersihan dorm. Apa-apa jadi kat ahli dorm and kalau jurulatih cek dorm aku kotor, akulah yang kena bertanggungjawab.
  • Prinsip kat sini, "All for one, One for All". Maksudnye, kalau sorang jek buat salah, semua orang akan kena sekali xkira ko ni budak baik, seskema mane pon ko.. Macam baru2 ni, semua wirawati xdapat handset hari Jumaat sebab ade kes gaduh antara wirawati. So, nak xnak, aku kena make sure ahli dorm aku xbuat hal so that at least dorm kami x menyumbang kepada masalah.
  • Untuk kelas, dipecahkan kepada Modul Pembinaan Karakter, Pendidikan Seksual (ade nama khas dye tp xingat) dan Modul Kenegaraan. Untuk setiap kelas, kami akan duduk dalam kumpulan yang telah ditetapkan dan buatlah aktiviti2 yang cikgu suruh. Honestly, Modul Pembinaan Karakter quite membosankan sebab kadang2 kite dilayan macam budak kecik dan aktiviti dye xsesuai dgn jiwa aku. Modul Kenegaraan bagi aku agak menarik sbb kite xpernah diajar dalam kelas aspek2 yang penting dalam pembangunan negara, politik, kekuatan dan kelemahan negara. Benda2 macam ni biasa kita kutip kat surat khabar and internet je, so banyak gak la benda baru yang aku blajar. Tp xdpt dinafikan, pembelajaran tu agak berat sebelah sebab bile belajar pasal kerajaan, of course la dye akan cakap pasal BN. It's up to you la whether nak terima bulat2 ape yg cikgu cakap dlm kelas.
  • Untuk kembara halangan, antara elemen yang wirawati selalu kecundang ialah Monkey Rack and Tarzan Swing. Masa pertandingan, alhamdulillah aku lepas kedua2 halangan yang paling susah tu. Out of 15 orang wirawati Bravo yang masuk pertandingan, aku antara 6 orang yang xdikenakan penalti. Overall result, kami dapat no 2 antara 4 kompeni.
monkey rack= macam permainan kat taman permainan 2.. pic kred to google, kem aku xde air kat bawah 2, ade pasir jek

tarzan swing. yang ni ade air kat bawah.

  • Ada satu aktiviti yang dipanggil Navigasi, di mana kami kena bawak masuk kawasan belukar (bayangkan hutan yg x tebal) dan dibekalkan dgn 2 kompas, peta dan bearing checkpoint yang bakal kami tuju. So, berjalanlah kami meredah kawasan belukar dan paya hanya berbekalkan kompas sambil galas beg galas berisi ponco (khemah), dan peralatan lain which agak berat. Alhamdulillah, kitorg selamat sampai and aku berjaya galas beg aku sendiri sepanjang perjalanan. (Sbb beg tu berat, ade wirawati suruh wira bawakkan beg dyorg bile dyorg penat)
  • Oh, again with Cikgu Ika. As I mentioned before, dye sangat suka panggil budak penangguhan. So, untuk hari sambutan 1 Malaysia, cikgu panggil semua wirawati penangguhan untuk audition jadi MC. Again, aku kena pilih jadi MC malam tu. First time jadi MC yang gune teks bahasa melayu sepenuhnya, siap berpantun2 lagi.. Abis je program, ade sorang budak dorm cakap "Suara Kak Ani macam kartun.." =_=' xtaula aku nak sedih ke nak gelak.. huhu
  • Komandan kem kitorg sgt unpredictable dan cerewet, tetiba jek dye bley suruh mana2 kompeni buat persembahan dalam tempoh beberapa hari. Ikut la nak buat persembahan ape, and kalau dye bley cari kesalahan dalam persembahan yang dah dibuat contohnya kostum x sesuai, salah sebut nama dye, xde kerjasama etc, nampak gayanye kne buat lagi persembahan lain dalam minggu yang lain. Ada satu hari, tetiba waktu petang ade announcement yang malam ni Komandan akan buat Pertandingan Kuiz antara Kompeni and setiap Kompeni kena antar 3 calon. So, kami budak2 Uni la yang kena jadi mangsa nye. Aku, Mira (engineering UTP) and Zuff (sains aktuari USIM) kena jadi wakil. Kitorg expect dye nak tanya soalan pasal matematik, sains, english, pengetahuan am etc, tapi tetiba dye tanye soalan berkaitan PLKN and mende2 yang belajar dalam kelas. Sumpah lawak sebab aku mmg selalu xfokus dlm kelas and Zuff plak slalu tido, so sebenarnye budak2 ni dah pilih orang yang salah utk kuiz tu.. Nasib baikla Mira ingat mende2 yang belajar 2.. Kalau dapat nombor last, kompeni tu kena kawad 1/2 jam lepas kuiz 2, so kitorg berusaha gak la untuk tidak menjadi last. Alhamdulillah, kitorg dapat nombor 2 (seri dgn no 3). Tapi yang hampehnyer, walaupon kitorg xkena kawad, tp kompeni2 lain yang xkena denda ni kena jugak berdiri kat padang kawad 2 menyaksikan kompeni yg kena denda tu berkawad.. Xke sama je menang ke xmenang.. 
  • Selain jadi ketua dorm, aku pon pegang jawatan sbg AJK Surau. Title UIA tu membuatkan aku rase terpanggil untuk join AJK Surau. Ustaz serahkan kat kitorg untuk organize program Muhasabah diri and aku plak kena lantik jadi Penolong Pengarah. Aku xpernah handle program macam ni so cuti ni aku kena cari resource kat internet and just hope that everything will be done smoothly malam tu nanti. InsyaAllah.
  • Lps raya haji ni, I'll have another 2 weeks to go before the training ends on 1 November. Dlm dua minggu terakhir ni, bley dikatakan sume aktiviti dye best2.. Flying fox, menembak, water confidence, Wira Jaya, Khidmat Komuniti. More intense outdoor activities, and that means more darker skin! huh..
Honestly, I was still hoping for panggilan lapor diri before tamat latihan, even seminggu before majlis penutup pun.......... I dunno why, but I still can't accept the mentality and behavior of other trainees there.. But well, life must go on.. Another 2 weeks to go! Fighting!